ada kepercayaan dalam masyarakat kadazandusun dulu-kala bahawa mereka boleh memanggil roh orang mati untuk bertemu dan mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga. ketika itu, amalan ritual kematian seperti upacara 'momisok' sering dilakukan bertujuan memanggil roh si mati untuk bertemu ahli keluarga mereka.
upacara itu biasanya dijalankan dalam tempoh selepas tujuh hari pengkebumian si mati, dan upacara itu dilakukan di rumah si mati. dalam upacara itu, semua barangan milik si mati dikumpulkan di satu sudut ruang tamu sebelum aktiviti pemujaan dilakukan. biasanya, ketika upacara itu berlangsung, ramai saudara-mara terutama mereka yang tidak sempat menemui si mati ketika hayatnya akan ke rumah berkenaan untuk 'berbual' bersama si mati. keadaan lebih menyeramkan apabila semua cahaya dipadamkan sepanjang aktiviti itu dilakukan.
Bomoh wanita yang dipanggil bobolian ataau babalian memulakan upacara dengan bacaan rinait (mantera) untuk memanggil roh si mati. difahamkan, sebaik roh si mati menjelma , dia mengambil barang kepunyaannya sebelum beredar. upacara berkenaan biasanya dilakukan antara jam 7.30 hingga 8 malam dan berlangsung hanya lebih kurang 10 minit.
Yes..Betul..Dan selalunya dibuat pada hari ke-6 dan Hari Ke-40 ialah upacara momuhontog yang memanggil si mati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga buat kali terakhir
ReplyDeleteNew Jersey casinos accepting sports bets - DRM
ReplyDeleteNew Jersey has made four of its first sports betting licenses 파주 출장마사지 into the mix, 포항 출장안마 a group that was formed in 2019. A 포천 출장안마 spokesperson said 서귀포 출장마사지 the state will also 평택 출장샵