Thursday, 12 September 2013

ada kepercayaan dalam masyarakat kadazandusun dulu-kala bahawa mereka boleh memanggil roh orang mati untuk bertemu dan mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga. ketika itu, amalan ritual kematian seperti upacara 'momisok' sering dilakukan bertujuan memanggil roh si mati untuk bertemu ahli keluarga mereka.
         upacara itu biasanya dijalankan dalam tempoh selepas tujuh hari pengkebumian si mati, dan upacara itu dilakukan di rumah si mati. dalam upacara itu, semua barangan milik si mati dikumpulkan di satu sudut ruang tamu sebelum aktiviti pemujaan dilakukan. biasanya, ketika upacara itu berlangsung, ramai saudara-mara terutama mereka yang tidak sempat menemui si mati ketika hayatnya akan ke rumah berkenaan untuk 'berbual' bersama si mati. keadaan lebih menyeramkan apabila semua cahaya dipadamkan sepanjang aktiviti itu dilakukan.
         Bomoh wanita yang dipanggil bobolian ataau babalian memulakan upacara dengan bacaan rinait (mantera) untuk memanggil roh si mati. difahamkan, sebaik roh si mati menjelma , dia mengambil barang kepunyaannya sebelum beredar. upacara berkenaan biasanya dilakukan antara jam 7.30 hingga 8 malam dan berlangsung hanya lebih kurang 10 minit.